info@dragonstarshipping.com.my/
Support: +609-4131177

About Us

 

TENTANG KAMI

DRAGON STAR SHIPPING Sdn. Bhd. (DSS) telah di perbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 pada 23hb Disember 2014. DSS merupakan syarikat perkhidmatan pengangkutan feri penumpang melalui perkongsian yang bertujuan untuk pengkhususan perniagaan yang akan bertapak di Semenanjung Malaysia.

DSS merupakan perniagaan pengangkutan nasional yang komited dalam pembangunan dan perniagaan merentasi sektor perkhidmatan laut berkaitan aktiviti-aktiviti pengangkutan penumpang melalui perkhidmatan sokongan marin dan perniagaan pengangkutan kargo.

DSS menjenamakan "MV Star Crafts" dan "Dragon Star" sebagai jenama kepada setiap feri yang bakal beroperasi dalam perkhidmatan ini.

Dalam usaha untuk kekal seiring dengan perkembangan semasa dan memastikan amalan standard yang betul, DSS komited dalam mengorak langkah ke hadapan untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Dengan keupayaan dan pelaburan syarikat, DSS mencari peluang perniagaan untuk beroperasi di Malaysia di dalam kepakaran pengurusan perkhidmatan feri penumpang. Berbekalkan pengalaman beroperasi di Kepulauan Cebu, Filipina DRAGON STAR SEA HIGHWAY(PHILIPPINE) LTD dan Dili, Timor Leste, DRAGON STAR SHIPPING (TIMOR LESTE) LDA.

DSS mempunyai iltizam untuk berdaya saing secara profesional mengikut perundangan laut yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Bermula pada 2016, DSS telah beroperasi bagi pengangkutan laut yang menghubungkan Terminal Penumpang Tanjung Gemok, Rompin, Pahang dan Pulau Tioman, Pahang, DSS menyediakan perkhidmatan feri penumpang dengan kapasiti unit feri 200 - 250 penumpang. DSS beraltizam untuk mengorak langkah yang mana mengembangkan operasi bagi perkhidmatan ini dengan kesinambungan pada 2017 melalui penambahan unit feri dan turut membuka laluan dari Terminal Mersing, Johor yang turut memfokuskan laluan menghubungkan Pulau Tioman, Pahang.

 

VISI KAMI
Inspirasi kepada pekerja-pekerja untuk menjadi yang terbaik dalam memberi perkhidmatan dan memenuhi standard perkhidmatan dan keperluan penumpang. Memaksimumkan pulangan modal kepada pemegang saham dengan mengekalkan standard kualiti perkhidmatan.

MISI KAMI
Perkhidmatan yang cemerlang dan tadbir urus kewangan yang agresif dapat membina dan menguruskan portfolio yang seimbang dengan pelbagai peluang pertumbuhan yang meliputi pelbagai risiko dan ganjaran. Membina budaya kerja yang komited melalui pengawasan yang berkesan,penambahbaikan yang berterusan dan prestasi yang konsisten.